Tuesday, July 30

Syukur.

Bismillah.

Lama tak menulis. Rasanya memang tak dilahirkan untuk menulis kot. Tugasan artikel bulan lepas pun tak hantar lagi. :(

Tadi, on the way balik jamiah, mcm mcm perkara aku rungutkan. Aku mengeluh. Keluhan yang panjang. Yang tak ada noktahnya. Dalam hati membebel macam macam. Macam macam masalah dalam kepala. Serabut. Penat. Sesak. Sempit. Apa lagi? Semua aku rasa. Aku rungutkan.

Matahari begitu terik. Tak bagi peluang lansung untuk aku dongakkan kepala. Aku berjalan pantas, tak sabar nak sampai rumah.

Aku lepaskan keluhan panjang. Lenguh leherku, lalu aku angkat sedikit kepala.

Tiba tiba, aku ternampak seorang budak kecil, sangat comot, selekeh, dia tengah korek korek tong sampah besar. Dia sedang cari tin tin kosong, botol botol kaca, kotak kotak, bekas platik. Khusuk dia membelek setiap isi dalam tong sampah itu, dalam terikan matahari yang membakar.

Dia susun elok elok, rapi rapi mengikut bahagian, yang kaca di plastik ini,  yang kerta di plastik itu. Mungkin nak hantar ke Pusat Kitar Semula untuk dapatkan sedikit pendapatan. Sedih. Sayu tengok.

Kemudian, lalu dihadapan aku, seorang anak muda, belasan tahun, nampak seperti orang yang sangat dhaif. Bajunya lusuh. Rambutnya agak   serabai. Dia menggalas beg berat, di tangannya ada ratusan kertas iklan. Dia berjalan dari rumah ke rumah, selitkan iklan itu di pintu pintu. Rumah demi rumah.

Sekali sekala, dia berhenti membetulkan posisi begnya yang berat sambil mengelap peluh. Kemudian dia terus berjalan ke setiap rumah utk edarkan kertas kertas iklan tersebut.  Wajahnya kelihatan cukup penat.

Kemudian, di sisi pandangan lain pula, seorang pak cik sedang menyapu dan mengutip sampah yang sangat banyak. Topinya basah dengan peluh. Tangannya pula hitam dengan kotoran. Tekun dia menyapu, tunduk ambil sampah. Tekun.


Ini bukanlah pemandangan yang asing. Bukanlah kali pertama aku tengok orang orang begini. Selalu nampak. Tapi, kali ini, lain rasanya. Allah hadirkan mereka di hadapanku, betul betul selepas aku mengeluh dan merungut panjang.

Aku tertampar. Tiba tiba , ada satu suara yg datang daripada benakku.

"How hard your life is? Tell me? How hard it is?"

Benarlah, sikit daripada kita yang bersyukur. Terlalu sedikit. Apa yang sebenarnya membuatkan kita tak nampak begitu banyak banyak banyak nikmat yang Allah bagi. Tetapi mengapa kita masih buta, dan memilih untuk merungut atas masalah yang sangat kecil jika dibandingkan nikmat yang Allah bagi?

Di manakah jiwa besar itu, jiwa yang selalu  redha, yang bersabar, yang gembira atas nikmat dan ujian, yang selalu bersyukur atas segala tambah dan kurang? Di manakah jiwa itu?

Aku tunduk. Malu. Langkahku makin melaju.







Terima kasih ya Allah atas tarbiyah dan peringatan yang kau berikan..

Monday, June 10

Eye Diagnosis

Bismillahirrahnirahim

Baru baru ni ana ada satu masalah penglihatan. Bila rasa pening atau pening sgt, sakit kepala (headache), half of my left eye wont work. Which means that I can only have half of the left eye field view. Lagi half macam kabur..Blurred.. Atau hitam je. 

Saspen jugak mula mula. Yelah, mana tak saspen bila mata kiri kita nampak separuh je.
Allah tarik sikit je nikmat, dah rasa huru hara hidup ni. Maka, nikmat apa lagi yang kamu dustakan? *tampar diri*

Sambung kisah tadi. Lepas tu ana gosok gosok mata. Nothings improved. Pastu biar je sampailah tiba tiba mata tu fully recovered secara sendirinya, but of course it takes time. 

I did eye test, twice, in two different places, and both of them said my eyes are normal. my power ranges between 0.2-0.27. Im a big fat and healthy girl. Dont have any disease before this. sometimes I have headache, when I dont have enough sleep, stress with work or to tired and depressed esp during exam. Most of the time, all is well. So, whats the diagnosis? I left this case to all doctors out there..  :P




.


Thursday, June 6

Genggam Erat Tanganku


Genggam Erat Tanganku 


Segar sungguh udara pagi itu. Aku tarik nafas sedalamnya. Alhamdulillah, Allah masih bagi aku nikmat untuk merasai nikmatnya berpagi-pagian. Mungki pada waktu ini, ramai lagi masih asyik di medan mimpi, mungkin ada juga yang tidak berupaya untuk bangun dan keluar. Tapi, aku dianugerahkan nikmat ini. Nikmat berpagian, menghirup udaranya , melihat tenangnya bumi ini, rancaknya kicauan burung, lembutnya angin pagi menyapa pipi. Alhamdulillah.

Selepas penat bermain, aku duduk di satu penjuru, di bawah pokok. Sedang menunggu untuk sesi Tazkirah selepas riadah Sobah pula. Aku lihat akhawat begitu seronok beriadah. Ada yang bermain bola baling, badminton, galah panjang, bola beracun, dan ada juga yangsehingga terjatuh jatuh main rollerblade! Lucu sungguh! Semua kelihatan ceria, seronok. Sungguh, aku benar benar sukakan waktu Riadah Sobah ini.



Aku lihat setiap wajah wajah akhawat yang begitu diulit keriangan. Aku perhatikan mereka. Tersenyum.indahnya ukhuwwah ini, bahagianya berada dalam jalan ini. Begitu banyak Pahit manis bersama yang dilalui dalam perjalanan tarbiyah ini, dalam usaha membentuk diri dan mengislah jiwa. Aku masih ingat, kira kira 3 tahun lepas, waktu itu aku mula berjinak jinak dalam dunia dakwah dan tarbiyah, akhawat dalam kalangan kami tidak ramai. Boleh dibilang dengan jari. Namun, usaha demi usaha, dakwah yang giat dilaksanakan, wasilah wasilah tarbiyah dilakukan dengan sebaiknya, dan seikhlasnya, Alhamdulillah, bilangan kami mula bertambah. Makin ramai dan ramai yang ingin kea rah kebaikan, bersama mendukung risalah yang Nabi bawa ini. Atas keinginan itulah, kami bersma , berkenalan, dengan niat kerana Allah, kami berukhuwwah. Atas dasar cinta keranaNya. Sungguh, aku bersyukur atas nikmat tarbiyah ini.

“Hai Suraya,termenung panjang Nampak!Jomlah main sekali!” sergah K. Mizah. Akhawat Perubatan Tahun 5, yang baru sahaja melangkah dalam satu maratib amal, yaitu mendirikan baitul muslim. K. Mizah sedang seronok melantun lantunkan bola smabil tersenyum manis padaku

“Hihi.takpelah k. Mizah, kaki ana dah penat ni. Ana nak duduk kejap, sambil tengok kehebatan  dan kelincahan K. Mizah main! hihi” selorohku

Masih aku ingat saat awal awal disentuh tarbiyah, apabila hati ini diketuk hidayah. Indahnya, tenangnya, bahagianya perasaan ku itu hanya Allah yang tahu. Seperti ikan yang dilempar ke daratan, tidak keruan, terkapai kapai, meronta ronta, tetapi apabila dicampak kembali ke dalam air, kembali segar bugar. Hidup. Begitulah kita, apabila jiwa kita kembali ke fitrah kita yang sebenarnya. Segar. Hidup. Baru.

Pada saat awal awal aku tiba di Jordan, aku dihadiri oleh kakak kakak yang cukup baik aku rasakan. Mereka punya akhlak yang sangat indah, peribadi mereka sangat aku kagumi. Lebih membuatkan aku kagum , mereka juga sangat cemerlang dalam pelajaran.

Mereka sangat dihormati dalam  kalangan mahasiswi lain di sini, penampilan mereka sangat mendamaikan.  Setiap butir yang keluar dari bibir mereka semunya mengajak ke arah kebaikan, memberi nasihat yang bermanfaat. Setiap perkara yang mereka lakukan membuah amal yang berfaedah. Qudwah yang mereka zahirkan cukup ‘tip top’!
Apabila mereka tidur di bilik ku, aku selalu perhatikan mereka. Kenapa kakak kakak ni cukup hebat?

Apa yang aku dapati, mereka ini bukan sembarangan individu. Bukan yang sekadar cakap kosong. Mereka ini ahli tahajud. Qudwah mereka yang indah itu lahir dari iman dan hati yang subur.

 Sedang lena aku tidur, aku lihat mereka bangun ke bilik air mengambil wudu. Menghidupkan malam mereka dengan penyerahan diri kepada sang Pencipta. Bacaan Quran mereka yang merdu  cukup meruntun jiwa ini. Hatiku tertampar.

Aku ingat lagi, seawal tiba di Jordan, merekalah yang bawaku berjalan di balad, beli barang keperluan. Pernah satu hari, selepas pulang membeli belah dengan akak akak ini, aku terduduk, dan berfikir sejenak.

Kenapalah kakak kakak ni baik sngat teman junior beli barang? Kalau aku jadi senior nanti, jangan haraplah aku nak buat macam tu! Buang masa.


Tetapi mereka lain. Mereka hebat. Mereka jugalah yang datang ke sakan(asrama seaktu kami Tahun satu) dengan membawa cheese cake semasa musim peperiksaan. Mereka juga turut datang bersama kata  kata semangat dan dorongan. Kakak kakak ini selalu membantu aku di saat aku jatuh, aku tersasar, jauh dari Tuhan, begitu leka dengan kehidupan dunia yang mengasyikkan, cinta berlainan jantina, cinta pada dunia, pada saat diriku begitu seronok tenggelam dalam kenikmatan dunia, tetapi hatiku kosong. Jiwaku rapuh.


Namun, Allah masih sayangkan aku. Allah hadirkan kakak kakak yang indah ini, membawa aku untuk lebih dekat dengan sang Pencipta. Aku mula serius dalam jalan ini. Aku sedar, bilamana hidayah mula mengetuk pintu hati ini, aku perlu respon. Aku perlu merebut peluang hidayah itu. Aku pasang niat. Aku nak berubah.


Sehinggalah satu hari, aku diajak mengikuti usrah. Alhamdulillah, aku mudah sahaja menerimanya tanpa berfikir panjang. Mungkin ketika di sekolah dulu, aku biasa dengan usrah, walau tidaklah se komit mana. Itulah kemudahan yang Allah berikan. Aku buang semua syak wasangka yang buruk. 

Pada hematku, jahiliyyah mudah saja mengajak aku  dan menghasutku. Mudah saja, aku luangkan masa untuk menonton  filem file dalam laptop, mudah saja untuk aku sajikan telinga ku dengan lagu lagu dan sebaginya, tetapi mengapa perlu aku bagitu syak dan prasangka bila ada yang hadir ingin membawa ke arah kebaikan?

Jiwa ku benar benar meronta inginkan perubahan yang lebih baik. Aku mahukan hati yang baru. Yang basah. Yang selalu dekat dengan Maha Esa. Mampukah akau dapatkan hati yang baru itu? Mampukah aku merubah diriku? Mampukan aku membuang semua karat jahiliyyah itu? Mampukah aku menjadi individu yang hebat seperti kakak kakak itu?

Aku tekad. Aku tidak mahu biarkan persoalan itu tidak berjawab. Maka, akulah sendiri yang perlu membuktikan, Aku boleh.

Sejak hari itu,Aku wajibkan diriku untuk hadir dalam setiap wasilah tarbiyah yang disusun. Aku belajar untuk memenuhi semua muwasafat tarbiyah. Usrah demi usrah, Mabit demi mabit, daurah demi daurah, semua aku cuba untuk hadiri, dan beri sepenuh komitmen. 

Sepenuh komitmen. Kalau sikit yang kuberi, sikitlah yang aku dapat!

Setiap program wasilah tarbiyah dari sekecil perkara sehinggalah yang besar, aku suruh diriku untuk hadir. Aku perlu komited. Ini jalan yang aku pilih.

Aku belajar untuk menghidupkan malam-malamku dengan solat, bacaan quran dan tangisan atas dosa dosa yang begitu banyak.Aku belajar untuk tinggalkan segala bentuk ikhtilat. Aku belajar untuk jadi lebih ramah dengan manusia, bina hubungan baik dengan setiap orang. 

Aku belajar untuk ubah gaya percakapan.  Aku belajar untuk berbuat baik dengan ibu bapa. Aku belajar untuk terus ikhlas,  dan ihsan dalam setiap perkara. Aku belajar untuk labuhkan tudung, longgarkan pakaian.  Aku belajar untuk dekat kepada Penciptaku.

Tidak aku nafikan, syaitan itu bijak dan licik. Ada masa masa yang aku futur. Aku malas. Tapi Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku. Naqibah tetap berusaha mengajakku walau apa cara. Memberi nasihat, pandangan dan dorongan. Akhirnya  aku sendiri yang peroleh manfaat itu! Sehingga sekarang aku berterima kasih kepada kakak kakak naqibah ku yang tak pernah penat mengajakku dan memujukku. Ada hikmah yang tersirat.

Apa yang membuatku begitu komited dalam setiap wasilah tarbiyah? 

Kadang kadang begitu banyak kekangan dan halangan untuk aku terus komited, tapi aku gagahkan juga diri ini. Dakwah dan tarbiyah telah banyak merubahku. Telah banyak member sesuatu kepaku. Tapi apa yang aku pernah buat untuk dakwah dan tarbiyah? Pernahkah aku bersusah payah, pernahkah aku berkorban? Tertampar lagi.


Sebab itu selalu aku gagahkan diri untuk terus kuat dan laju melangkah. Setiap kekangan yang datang menghalang, cuba aku atasi sebaik mungkin. Mohon petunjuk dari Allah, agar aku mampu memberikan hak yang sepatutnya terhadap semua perkara dalam hidupku.

Dan benarlah, seperti Firmah Allah dalam Al-QURAN, Surah Muhammad, ayat 7
 Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.

Sejak aku mula serius untuk berada dalam jalan ini, setiap perkara dalam kehidupan begitu mudah dan ringan. 
Walaupun masaku penuh dengan program tarbiyah, tetapi aku tidak pernah ketinggalan dalam pelajaran, malah, aku menjadi individu yang yang lebih teratur urusannya. Peningkatan ku dalam akademik juga kian melonjak. Kerana aku yakin, setiap perkara yang kita lakukan kerana Allah, ihsan dan itqan, natijahnya juga, insyaAllah pasti baik.


Musim silih berganti, hari berlalu demi hari, kini aku sedang menginjak ke Tahun 4, insyaAllah. Sudah 2 tahun membawa usrah sendiri,pelbagai daurah aku ikuti, rehlah, jaulah dan sebagainya. Pelbagai program aku terlibat sebagai pelaksana. Pelbagai pengalaman pahit, getir,manis telah aku lalui. Begitu banyak perkara yang aku belajar. Begitu banyak lonjakan perubahan yang  berlaku. Banyak yang belajar tentang hakikat sebagai seorang hamba.

Kenapalah kakak kakak ni baik sngat teman junior beli barang? Kalau aku jadi senior nanti, jangan haraplah aku nak buat macam tu! Buang masa.

Ini soalan yang pernah akau tanyakan pada diriku sewaktu Tahun satu dahulu. Lucu. Kini, aku pula melakukan perkara yang sama. Aku pula yang membawa adik adik membeli barang di balad. Baru aku faham, tarbiyah ini mampu merubah sesorang. Dan usaha membina rijal dan pemudi ini bukan satu perkara yang mudah



 Inilah nikmat yang sangat aku syukuri. Aku sangat bersyukur kerana tergolong dalam golongan ini. Golongan yang membawa dakwah dan tarbiyah ini. Aku berdoa dan sangat berhartap, agar aku terus thabat, kuat untuk terus berada dalam jalan ini sampai bila bila. Aku sangat berharap aku tidak tergolong dalm golongan yang tertapis dalam jalan dakwah ini kelak.
Surah Ar-Raadu:ayat 11
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.


“Okey semua. Jom kumpul kumpul kat sini! Kita nak start sesi tazkirah pulak ni. Jom jom!” kedengaran dari jauh, Khairun Amirah, masulah Riadah Sobah memanggil kami untuk penutup Riadah Sobah, sesi tazkirah.

“Jom suraya!” panggil k. Wan sambil menghulur tangannya kepadaku. Aku genggam erat tangan itu.




nota kaki: cerita ini aku buat berdasarkan kisahku. watak utama ku ubah namanya. cerita ini ku buat kerana inilah 'iqab (denda) yang naqibahku beri keoadaku kerana aku tak siap homework usrah. mula mula susah juga aku nak setelkan kan 'iqab ni, tapi saat pertama aku menaip satu perkataan, kotak fikiran ku terus ligat berpusing, memutar kembali pengalamanku yang lalu..

Bismillahirrahnirrahim

Bismillah irrahmanirahim

Dengan nama Allah yang Menciptakan. Yang menghidupkan. Yang Menggerakkan jari jemari ini. Yang memberi diri ini peluang untuk terus bernafas saat ini, sel sel badan yang sedang giat bekerja, neuron neuron yang begitu lincah mengalirkan impulse.. Alhamdulillah.

Kekok. Janggal. Pelik.

Ini adalah kali pertama, aku menulis kembali. Dalam blog ini. setelah hampir 2 tahun lebih aku tinggalkan blog ini bersawang. Aku privatekan blog ini. Menggelarkan diriku sebagai 'aku' jugak kedengaran agak asing.. selama waktu itu, selama waktu aku menyorok dari dunia blogging, berbagai perkara baru berlaku dalam hidup aku. begitu banyak cerita. untuk aku simpankan kemas dalam memori aku ini. cukup indah :)

Sudah lain benar rupa system blogspot ini. saat aku berniat mahu menghidupkan semula blog ini, aku mengambil langkah pertama, aku draftkan semua post post lama ku. agak lama juga masa yang aku spent untuk godek godek system blogspot yg betul betul sudah lain. tersesat sesat juga aku dibuatnya. tak tahu nak klik yang mana. nama blog pun belum tukar. 

Bismillah. Bakal menulis secara tetap di blog ini, agar manfaat nya menebar luas utk semua umat manusia. Kita pasti akan mati, tapi tulisan kita tetap hidup dan terus hidup..

Perlu sedikit masa, utk renovate kembali blog ini, insyaAllah. alamat blog mahu juga ditukar, dan macam macam lagi perlu ubah. semoga Allah beri kesempatan

Pada waktu ini, jari jemariku lincah di papan kekunci laptop. ketuk ketuk bunyinya..
Tiba tiba housemate ku yang khusyuk di meja studynya, memandangku,

"Akak buat apa tu?"

Aku diam. Tersenyum. Jari jemari masih lincah

"Akak menulis? Akak tgh menulis ke tu?!"
seakan tidak percaya bunyinya..

Senyumanku melebar

"Adelah.." jawabku 

"Tak percaya akak menulis!!" teriaknya diikuti dengan tawanya, seakan mimpi

"Ni yang nak tweet ni, akak menulis!" sambungnya

Kelakar. Itulah reaksi mereka. Sebab aku sangat dikenali, ewah, sebagai orang yang susah sangat nak menulis. and now.. im back on track.

Walaupun sedikit kekok, aku akan cuba perlahan perlahan.. 

Saat aku private blog ini hujung Tahun satu, dan sekarang, kembali membukanya dan kini sedang melangkah ke tahun klinikal, Tahun 4 insyaAllah..



:)

Thursday, February 17

Assalamualaikum. huh.dapat gak update blog. ramai yg suroh update belog (perasan femes), tapi tapi,macam busy sangat. lepas habis first sem, terus berangkat holidayy ke syria lubnan, balik2 je ade camping kat aqabah beach,balik2 je dh start sem due. dah mule belajar subjek2 medik, kenelah beli buku tebal nak mampuihh.


aku pun ada cita2 nak update pasal holiday hari tu kat syria and lubnan. wa maen salji! best gilak wa cakap sama lu! tapi, tak larat nak update,

Monday, February 14

Sunday, December 5

Aku spent setengah jam fikir nak taruk tajuk apa untuk post ni..ada buah fikiran?

hmm.tak ada apa sangat nak cerita..sedikit terkilan.awal bulan,internet laju
tapi kenapalah tarikh awal bulan disember ni jatuh pada tarikh second exam aku?
mula mula ingat tak de rejeki nak hupdet..
tapi,nasib baik bulan ni barakah dia banyak sikit..He he..
range internet laju agak lama jugak laa. lepas exam pun, masih laju seperti dolu dolu. dah masuk seminggu da ni.. He he... 
*apa jadahnya aku gelak cenggini*


sebenarnya bukan topik internet laju yang aku nak bawak hari nih. tak ada apa apa topik. aku cuma nak bagitahuk exam kali ni macam...-hmm-tak-tahu-lah-macam-mana- 


nak kata tak baca buku..dah berapa kali khatam dah buku.penat aku rebus air buku, minum sapai kembung...tidur pun taruk buku cermat2 kat sebelah katil.manalah tau tiba tiba ilmu tu buleh osmosis..tapi still, markah begitu tak jelita, nak sebut pun tak sampai hati


lagi lagi subjek bioslogos. dan chemistritos..huh. dah lah tak senang. habis menggelupur aku dibuatnya..memang sedih laa dengan korang ni..


nasib baik subjek physikos, arabitos for non-arabella, dengan lain lain tu macam-hokeylah-sikit-kann....tak adalah rasa nak mencanak ke terberanak ke..bolehlah tersenyum sikit.. He he..
tapi tetap laa sedih dengan lain lain tu..markah macam hape je..nak dapat dean list, mimpi je lah.. orang lain study biasa biasa je tapi boleh score cemerlang gemilang terbilang. aku pulak tak...memandang hampa dari jauh
lepas tu pulak, semenjak dua menjak ni, rasa ada je yang tak kena.rasa tak enak.rasa tak lazat. entah. tak tahulah. kosong. empty. 


maybe ada something Tuhan nak tunjuk..



tapi bila baca status sakinah ni, aku macam sentap pulak.
cuba fikir fikir balik, mana salah aku. apa silap aku. 
Alhamdulillah. Tuhan masih sayang.
aku tersedar. * itu dia salah aku! * apa dia? adalah..

apa yang nak disampaikan,kadang2 kita ni tak ingat.terleka. ye lah.nikmat Tuhan bagi banyak sangat sampai tak sedar yang kita ni dah jauh. bila dah dapat peringatan, jangan tunggu lama lama. GRAB IT. NEVER LET IT GO. peluang nak dapat peringatan, hidayah tak datang banyak kali.

aku tak reti lah nak ulas panjang panjang. faham sendiri lah eh? He he

aku ni cakap macam baik jeh. He he.. tak ada apa pun.saja share share.. 
pelik pulak. tiba tiba ilmiah. angin apa pun aku tak tahu... He he =)

memang tak ada tajuk sesuai nak tempek kat atas tuh.haih..


  toodles =)

jap. aku tak tahu toodles tu ape. orang salu letak kat akhir post. aku pon bantai. He he
aku sebenarnya tak de nafsu sangat nak update blog. kenelah jalankan tanggungjawab sebagai masyarakat minda kelas pertama..
oh mood..tolonglah datang..




Wednesday, November 3

isu tergempar di sini

akhirnya, berjaya gak update blog. kalau kau tengok trend aku update blog sekarang ni, aku sekarang ni update blog awal2 bulan..bukan hape...tapi sebab awal bulan je laa slogan kata "semuanya di hujung jari" boleh dipakai..sadis jugak la


awal bulan je kau akan nampak kanak2 sakan jpa jordan, mengganas di facebook..like itu ini, share ini itu, update berjuta status, upload berlunggok gambar.. tengah2 bulan, semua menyepi, dalam diam mengutuk2 sistem teknologi yg lembap di sakan ini...akhir bulan, kami semua pasrah. terus bukak buku dengan penuh hampa


sekarang ini, kat mana2 kau akan dengar orang semua bising pasal isu keselamatan di sini..itu ini itu ini..
aku sekadar mendengar. malas nak ulas. aku rasa aku hidup bahagia je..
jalan sorang2 pun takde hal. malah, aku lagi prefer. kalau jalan ramai2 nak pergi mujamma', mesti lambat sampai. buang masa aku yang sangat berharga
semua dok kalut berborak tak habis. aku kira jam dalam dua puluh minat la jugak..
kalau aku jalan sorang, cepat je. dalam sepuluh minit dah sampai. sebab bila aku jalan sorang2, aku akan jalan laju2.cepat sampai.jimat masa. cepat dapat bas. puas.


selingan: ayam percik. 100% my hand made. 
huk huk ;DD

back to the topic.
tapi, bila dah kena kat diri sendiri baru padan muka. bukan kena apa pun.. takde lah tragis sangat..
tapi seram la jugak..tak nak cerita kat sini
kalau aku cerita, gerenti semua pakat2 tak nak keluar rumah, tak nak pegi JUST. tak nak blaja..tak pasal2 sponsorship marah aku nanti, tarik scholarship. habis punah harapan nak melancong.
so, tak payah la aku cerita. 
kau bayangkan je, benda tu macam suspens tapi  taklah tragis mana.ada unsur suspens sikit2 tapi tak la suspen mana. dapat? 

jangan dah kena, baru nak bertaubat nasuha. ambik pengajaran cerita2 orang..
jangan jalan sorang2. jalan ramai2 macam satu rombongan meminang. jalan dengan pantas dan yakin,ala ala orang nak buat demostasi di jordan membantah harga cukai topup orange yang sangat mahal nak mampuss... maka oleh itu, kalau rasa suspens, call je murakib.
anytime anywhere...heheh ;) tiba2 aku teringat cerita yang kawan aku cerita kat aku. 

 perbualan antara dua orang makhluk Tuhan

MUNAH: eh, anda. terima kasih tau tau sebab jadi murakib kitorang semalam..tehehee..
(sambil memintal mintal hujung kain tudung.. eh tak. tak. ini aksi tambahan)

AMAT:  OH. tak apa. memang tanggung jawab dan tugas kami sebagai syabab.

sambil pandangan dilepaskan ke langit, menembusi awan2...pergh..


kesimpulannya, jangan jalan sorang2. safety first ;)


selingan lagi: ayam masak lemak. 100% my hand made.
nampak macam biasa, padahal rasa dia boleh buat kau menangis lalu bersujud.
bersyukur wujudnya aku di dunia ini ;)


sekian.jumpa lagi bulan depan ;)

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign