Bismillah.
Lama tak menulis. Rasanya memang tak dilahirkan untuk menulis kot. Tugasan artikel bulan lepas pun tak hantar lagi. :(
Tadi, on the way balik jamiah, mcm mcm perkara aku rungutkan. Aku mengeluh. Keluhan yang panjang. Yang tak ada noktahnya. Dalam hati membebel macam macam. Macam macam masalah dalam kepala. Serabut. Penat. Sesak. Sempit. Apa lagi? Semua aku rasa. Aku rungutkan.
Matahari begitu terik. Tak bagi peluang lansung untuk aku dongakkan kepala. Aku berjalan pantas, tak sabar nak sampai rumah.
Aku lepaskan keluhan panjang. Lenguh leherku, lalu aku angkat sedikit kepala.
Tiba tiba, aku ternampak seorang budak kecil, sangat comot, selekeh, dia tengah korek korek tong sampah besar. Dia sedang cari tin tin kosong, botol botol kaca, kotak kotak, bekas platik. Khusuk dia membelek setiap isi dalam tong sampah itu, dalam terikan matahari yang membakar.
Dia susun elok elok, rapi rapi mengikut bahagian, yang kaca di plastik ini, yang kerta di plastik itu. Mungkin nak hantar ke Pusat Kitar Semula untuk dapatkan sedikit pendapatan. Sedih. Sayu tengok.
Kemudian, lalu dihadapan aku, seorang anak muda, belasan tahun, nampak seperti orang yang sangat dhaif. Bajunya lusuh. Rambutnya agak serabai. Dia menggalas beg berat, di tangannya ada ratusan kertas iklan. Dia berjalan dari rumah ke rumah, selitkan iklan itu di pintu pintu. Rumah demi rumah.
Sekali sekala, dia berhenti membetulkan posisi begnya yang berat sambil mengelap peluh. Kemudian dia terus berjalan ke setiap rumah utk edarkan kertas kertas iklan tersebut. Wajahnya kelihatan cukup penat.
Kemudian, di sisi pandangan lain pula, seorang pak cik sedang menyapu dan mengutip sampah yang sangat banyak. Topinya basah dengan peluh. Tangannya pula hitam dengan kotoran. Tekun dia menyapu, tunduk ambil sampah. Tekun.
Ini bukanlah pemandangan yang asing. Bukanlah kali pertama aku tengok orang orang begini. Selalu nampak. Tapi, kali ini, lain rasanya. Allah hadirkan mereka di hadapanku, betul betul selepas aku mengeluh dan merungut panjang.
Aku tertampar. Tiba tiba , ada satu suara yg datang daripada benakku.
"How hard your life is? Tell me? How hard it is?"
Benarlah, sikit daripada kita yang bersyukur. Terlalu sedikit. Apa yang sebenarnya membuatkan kita tak nampak begitu banyak banyak banyak nikmat yang Allah bagi. Tetapi mengapa kita masih buta, dan memilih untuk merungut atas masalah yang sangat kecil jika dibandingkan nikmat yang Allah bagi?
Di manakah jiwa besar itu, jiwa yang selalu redha, yang bersabar, yang gembira atas nikmat dan ujian, yang selalu bersyukur atas segala tambah dan kurang? Di manakah jiwa itu?
Aku tunduk. Malu. Langkahku makin melaju.
Terima kasih ya Allah atas tarbiyah dan peringatan yang kau berikan..
0 org gojes cakap:
Post a Comment