Saturday, October 2

all the way from Irbid

huh.dah dua minggu kat sini. baru dua minggu, but so much things happened during these weeks! kene marah la,kene ejek, sesat la, salah teksi la, ape la, itu la..inila.. haih. hidup memang kena survival la..
tapi kat sini aku nak cite sikit pasal university life . kitorang first sem ni belajar foundation dulu for 4 months. jadual pun lain2 setiap pelajar. masuk sem 2 nanti bulan februari kot, barulah belajar subjek medik, kita arrange sendiri jadual kita. macam tulah sistem die.

first time masuk kelas, haru gak la..na mencari kelas tu satu hal. sebab university kitorg sangat laa besarnye. ada dua bahagian (perubatan dan engineering) even dah bagi map pun , aku sesat barat. main tibai je, masuk kelas sape2. sorang2 lak tu kene cari kelas. memang rasa nak nangis. nak tanya pak2 arab pun, cuak kebeybeh..dasar budak baru, macam tu lah. aku tengok kat JUST, budak melayu tak de lah ramai sangat. so, kalau jumpa muka melayu memang hapy la, macam jupe ahli keuarga, even tak knal lansung

lama2 sikit, baru lah pakar nak pergi kelas, tahu kelas kat mana, jalan mana dekat, sapa kawan semalaysia yang sama kelas. okelah sikit. dah tak cuak2.lagipun aku kan kental

mula2 tension kot, masuk je kelas, lecturer dok ngajar dalam bahasa arab. mesti la tak faham, aku pham sikit je. itupun tengok body language die. student kat lcture hall tu of kos la ramai gile student arab kan. melayu adelah lime enam kerat. ciput je. tapi bila dah lama2 sikit, barulah lecturer tu nampak kehadiran pelajar2 non-arabs, ni maka beliau pun ajar selang seli arab-english. oke lah jugak kan..

pelajar2 arab kat sini, badan sume besar2 beb. tinggi lak tu. student malaysia kalau banding ngan studet arab, macam kanak2 tadika. seyesli. minah2 arab lak, bergaya kemain. macam nak pergi kerja, meeting ngan orang2 besar.matured,tak nampak gaye student. kalah mak datin. minyak wangi sepuloh botol lak tu die simbah. kaler baju nak terang2 macam kaler luna. merah, biru, hijau.. pening aku tengok. warna selendang kalau merah, mesti nak matching ngan warna beg, warna kuku,warna kasut, semua merah. baju lak gile vogue. dngan bonggol kt kepala yang besar gile, boleh buat bantal kot. mekap tak yah citer ah. memang tebal kamus dewan laa..belum campur kaler eye-shadow yang macam rainbow.
pelik betul la diorg ni. muka da cun, bila lebih2 lak, macam..err..pelik
orang mealyu gak lawa. simple.comel

pak arab2 lak, tinggi2,badan gabak2 sumenyer, size bapak giant, padahal sebaya. sume muke hensem2. first time sampai sini, batak jugak la.ada muka brad pit, edward cullen, zac efron.. tapi dah lama2, oh man.. seyesli bosan tengok. muke sepesen je kacak nye. tak  ade variety looks macam asian. maka oleh itu, tengok pak2 aran yang kacak, dah tak heran daa.. satu benda yang paling tak leh tahan nan diorang ni, ialah smoke.
diorang ni punye laa kuat smoke. kat mane2 je ade je pak arab smoke.
aku dah la tak boleh tahan ngan asap smoke. rasa macam nak nazak kalau ada org smoke depan aku. siyesli i cant breath. sesak dada. diorang ni kuat betul smoke. rasa maca ak sepak sekor2. tak paham ke yang aku ni allergic bau asap smoke?

tapi TAK LA sume camtu, ade je yang baik, peramah..

jadual aku untuk first time ni kire lawa jugak la.sebab kelas sume pagi.paling labat pun pukul 1. kecuali hari ahad, smpai pkul 4. sume kelas tak de gap. berderet je. kira ok la tak de kelas sampai larut petang kan.

setiap pagi aku akan jalan dari sakan ke mujamma3 syeikh khail (tempat bas). boleh je naik teksi, tapi takkan hari2 nak naik teksi. bankrap la kan. maka, tiap2 hari aku akan jalan kaki ke situ for 15 minutes. jauh kot. memang na tercabut semua tulang belulang ni. dah la jalan sorang2. tapi nak buat maca man kan. kene la jadi kental ak tuntut ilmu ni.

dah sampai mujamma3 syeikh khalil, naik bas ke JUST.20 minit. kat mujama3 tu tempat semua bas untuk ke Just. bestnye bas kat sini, tak de sapa akan berdiri, dia akan make sure sume orang duduk. yang telebih tu naik bas lain. balik pun cam tu gak. naik bas dari JUST ke mujama3 syeikh khlil, pastu jalan kaki 15 minit, balik ke sakan.

kalau balik memang penat penat sangat. dah la tak breakfast selalunya, kt JUST pun x sempat nak makan sgt, pastu kene jalan jauh nak balik. balik je rumah memang tercungap2. semput. kaki pun macam da nk putus

sebab tu lah weekend mmg hari yg sangat2 kitorang tunggu. jumaat ngan sabtu. heaven gile. kalau weekend, hari jummat, ade program tafaqquh. kalau bangun awal, pergila..kalau tak..hehe.. wassalam..
kalau weekend mesti keluar jalan2. bersosial ngan masyarakat. hari tu pegi amman. pusat bandar. best gak la. pergi mall. beli barang2 rumah.  pergi balad. pergi jalan2. sampai sesat barat naik teksi. kene marah ngan pakcik teksi. itu kalau yang garang la.. ada je yang baik. borak2..sampai  ajak kahwin pun ade. macam2 betul pak2 arab nih -.-'

hari weekend boleh duk umah2, rilek2 aman bahagia tanpa memikirkan hal ehwal masyarakat,  tanpa memikirkan kenapa currency jordan mahal dari malaysia even malaysia lagi maju, kenapa sewa rumah mahal nak mamps macam sewa banglo.. heh

tapi apa2 pun ,aku syukur jugakla, sebab merasa bumi orang, bumi anbiyak.
duit jpa pun melambak. jap, ape kaitan??
mula2 datang, memang sume benda x puas hati, komplen itu ini, lama lama nanti baru la tau.. 
tau ape??? ntah la. aku baru dok dua minggu. tengok la nnti.

tu je lah kot. gambar sume da tempek kt  fesbuk. aku malas nak upload gambo kat sini. internet dia lambat gilak. nak tunggu uplaod satu page, sempat kau pergi mandi, basuh baju kejap, pastu masak kuah tomyam ke ape ke. pastu jeling laptop, baru upload separuh. tension kan?

17 org gojes cakap:

diqie said...

moge tabah blajar di negara org k!
chaiyok! :)

aton said...

nawal..bestnya tmpoh hidup kat sna..
all da best my dear gojes..huu

ummujannah said...

Salam,
Adik dah kat mesir? Wah JUST ke? Akak penah dengar juga. Gunakan peluang belajar sebaik2 nya ya=)

JelinaJoli said...

pak arab hensem dak wey?? mau sorang. buat bodigad!

black_mel said...

wah..dh sampai...gudluck2...blajar rajin2...

fikrahuddin said...

mesir lagi dasat kot.... tapi siyes en. pempuan kat sini kalau jalan2 macam deepavali....warna warni!!! hahaha... tapi, ape pong, asia lagi ensem, lagi chantek!!!!!!!!!!

Anonymous said...

kan aku da cakap. last2 kau kawen jugak dengan pak arab.


bhahaha XD

khaulah said...

diqie-tenkiu ;))

aton-hey aton! miss u too lorh!

kak iman-hehe..kak, saya kat jordan la..hehe..tenkiu kak!

jelina-haha..bleh2..meh alamat,nak pos seketul

blek mel-hehe..tenkiu ;)

nemesis-btol2!

fye-kawen ngan pak arab. NEVER!

sugar2 kapas strawberry said...

perghhh...kental sguh kamoo dik..haha

jaga diri leklok ye

tepianmuara said...

oh.

begitu rupanya hidup di jordan.

khaulah said...

cik lin@ hehe ;)

tepian muara@ begitulah kehiduoan seorg junior bru dtg 2 minggu. klu senior thun due, khidupan diorg da heaven KOT..

khaulah said...
This comment has been removed by the author.
qon said...

aku dah kata..akhawat ni datang jordan membebel shaja

haiqal said...

haaaaa.terseksa sungguh hidupmu nawal.tapi kamu sungguh kental.saya tabik spring sama kamu.

Anonymous said...

Mesti seronok dekat jordan. dengki sungguh.

-berd.

khaulah said...

qon-standard la tu..haha!

haiqal-ehehe..tenkiu!

berd-hek eleh. x leh bla ayat pak cik ustak nih...haha

nabilah said...

rindu meletup2 nk baca belog kau!!
nawalll, sukaaaa gilaa yang ni
hehehehe

 
Template by suckmylolly.com - header candies by Tayoindesign